Skip to main content

CARI KEKUATAN...

Alhamdulillah, Syukur dengan izinNya masih di beri kesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam usaha mendidik hati, mencari kekuatan dan meneruskan perjalanan. InsyaAllah coretan ini sekadar berkongsi suka duka di dalam meneruskan satu perjalanan yang baru bagi diri ini.. 

Menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak kecil yang baru berusia 2 tahun tanpa hadirnya insan disisi yang bergelar suami bukanlah sesuatu yang mudah, ya mungkin nampak seperti perkara biasa, dan pada awalnya bagi diri ini itu adalah keadaan yang biasa kerana kebiasaannya kami berpisah atas tuntutan kerja suami yang kerap bekerja luar daerah. 

Namun bila kini berpisah antara dua dunia,, mana mungkin ianya menjadi satu keadaan yang biasa.. menanti dan mengharap setiap keadaan itu adanya dia disisi... Lebih-lebih lagi bila si kecil menunjukkan jiwanya yang memberontak seolah-olah tertekan dengan keadaan itu,,.kuatlah wahai anak,.. 

Kuatlah wahai anak...

Apalah ertinya kuat itu padanya, fahamkah dia erti kuat,.. 

Moga 'kekuatan' itu adalah kekuatan luar biasa yang di anugerahkan Allah kepadanya kerana memilihnya menjadi seorang Anak Yatim.. Adakalanya, si anak ini menjadi kekuatan buat diri ini untuk bangun dan melangkah menempuh hari-hari kami.. 

Apa yang termampu bagi diri ini di waktu itu, hanyalah bersandar dan bergantung sepenuhnya pada yang maha Esa, bulatnya hati ini hanya padaNya, memohon dan mengharap petunjuk dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan di ambil... 

Suka untuk saya berkongsi di sini, beberapa cara yang saya pilih dalam usaha melaksanakan yang terbaik buat Amanah ini antaranya..

Mencari Video-Video di youtube tentang kelebihan-kelebihan Anak Yatim, Video-video ceramah yang dapat mendidik hati ini dengan sepenuh kesabaran serta mencari buku-buku yang dapat di jadikan panduan dan sebagai ilmu yang sangat bermakna dalam melalui keadaan itu. 


Saya selitkan di atas ini, video yang terbaik buat panduan dan rujukan kita semua.. Kenapa saya memilih video ini? kerana pengisiannya sangat jelas tentang bagaimana kehidupan seseorang boleh berubah dengan sesuatu amalan terutamanya yang melibatkan amalan kepada anak yatim..

InsyaAllah, andai di izinkan, saya akan kongsikan pula buku-buku yang saya fikir dapat jadikan panduan buat kita semua. Semoga anda yang sudi membaca coretan ini mendapat sedikit manfaat bersama.InsyaAllah 

Jika anda rasa perkongsian ini dapat memberi motivasi dalam diri anda dan manfaat kepada orang lain, feel free to click LIKE  and SHARE button di bawah. Semoga kita semua akan mendapat pahala berpanjangan daripada perkongsian ini. InsyaAllah, Aamiin.

11BulanTerusMelangkah 
Al-Fatihah buat suami tercinta 
Mohd Nazim b. Othman   

Popular posts from this blog

BANGKIT SEMULA..

Alhamdulillah, Syukur dengan izinNya masih di beri kesempatan untuk menulis sedikit coretan yang insyaAllah dapat menjadi rujukan, panduan dan manfaat buat yang membaca. 

Bagaimana untuk kita menjadi seorang yang tabah apabila di berikan ujian Allah?
Redhakah kita dengan setiap ketentuan dariNya?
Kuatkah kita melalui UjianNya dengan Tenang?
Dalam coretan ini, ingin saya kongsikan sedikit tips dan proses untuk kita mendidik hati kita untuk lebih tabah. Apa yang saya lalui ini terasa amat berat namun percaya pasti ramai lagi insan lain yang melalui ujian yang lebih berat. 
Kehilangan insan tersayang bergelar suami dalam waktu yang tidak di sangka amat sukar untuk berdiri pada ketika itu.. Yelah siapa kita yang mengetahui setiap yang Allah dah aturkan.. Siapa kita yang nak tahu bila masa nya kita akan kehilangan seseorang dalam hidup kita.. 
Allah Maha Besar, Allah sebaik-baik perancang. 
Tempoh IDDAH 4 bulan 10 hari bagi seorang isteri yang kematian suami. 
Sepanjang tempoh itu,, jatuh, bangun,…

CHECKLIST RAMADHAN vs CHECKLIST SHAKLEE

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah, insyaAllah sehari jer lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga kita semua sama dapat meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini. 


Entri hari ni nak berkongsi Checklist Ramadhan VS Checklist Shaklee dalam menyambut kedatangan ramadhan dengan persiapan dari segi mental dan fizikal. Kenapa saya membandingkan di sini antara checklist ramadhan dan checklist shaklee. Ape kaitan nyer? dan apakah die checklist shaklee pula?
Master checklist shaklee yang mengajar untuk selalu melaksanakan amalan ibadat tambahan sebagai amalan harian. Kesan nya amat lah baik, bukan sekadar mengajar untuk berjaya di dalam perniagaan shaklee malah berjaya mendidik peribadi ke arah kebaikan.

Disini kita akan melihat bahawa banyak amalan-amalan yang kita boleh laksanakan sebagai amalan harian kita,. tidak perlu menunggu bulan ramadhan untuk melaksanakannya. Betapa rugi nya kita jika amalan yang sedikit ini pun tid…

REDHA KAH AKU??

Bismillah, Assalammualaikum buat pembaca yang setia. Semoga anda yang berkunjung dan singgah di blog lilisuhaili ni sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping insan tersayang.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan,. kini 8 bulan berlalu... kehidupan masih di teruskan, langkah masih di atur, setiap nafas di syukuri,.. REDHA KAH AKU??

 Alhamdulillah.. MamaHaqeem masih berdiri melangkah dan melalui hari-hari yang berlalu bersama kedua orang tua dan seorang anak sebagai Amanah yang terlalu istimewa di kurniakan Allah demi mencari jalan ke SyurgaNya.. INIKAH ERTI REDHA??

InsyaAllah.. Aamin, mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang pilih masuk ke Syurga tanpa hisab.,. Aamiin ya Rabbal A'lamin.
8 bulan bersamaan hampir 250 hari,.. sudah cukup lama??
8 bulan itu nampak sudah cukup banyak, sudah cukup lama, namun hakikatnya,.. perasaan ini seakan segalanya baru bermula.. bagaikan semalam menerima ujian Nya dengan kehilangan seorang suami...
Bagi yang pernah d…