Skip to main content

Posts

CARI KEKUATAN...

Alhamdulillah, Syukur dengan izinNya masih di beri kesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam usaha mendidik hati, mencari kekuatan dan meneruskan perjalanan. InsyaAllah coretan ini sekadar berkongsi suka duka di dalam meneruskan satu perjalanan yang baru bagi diri ini.. 

Menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak kecil yang baru berusia 2 tahun tanpa hadirnya insan disisi yang bergelar suami bukanlah sesuatu yang mudah, ya mungkin nampak seperti perkara biasa, dan pada awalnya bagi diri ini itu adalah keadaan yang biasa kerana kebiasaannya kami berpisah atas tuntutan kerja suami yang kerap bekerja luar daerah. 

Namun bila kini berpisah antara dua dunia,, mana mungkin ianya menjadi satu keadaan yang biasa.. menanti dan mengharap setiap keadaan itu adanya dia disisi... Lebih-lebih lagi bila si kecil menunjukkan jiwanya yang memberontak seolah-olah tertekan dengan keadaan itu,,.kuatlah wahai anak,.. 

Kuatlah wahai anak...

Apalah ertinya kuat itu padanya, fahamkah dia erti kuat,…
Recent posts

NIKMAT ALLAH SWT..

"Allah lebih tahu dari apa yang kamu tahu, ketika Allah mengambil sesuatu yang baik dari hidupmu, Bersyukurlah kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat Dirimu"


Apakah yang lebih Baik itu? dalam bentuk apakah Sesuatu itu? dapatkah kita merasai hadirnya Sesuatu itu?
itulah NIKMAT. Ujian itu juga satu NIKMAT. ketika kita di uji, kita akan mula mendampingi Allah LEBIH dari sebelumnya, kita akan mula merasa DEKAT dan hampir denganNya...itulah NIKMAT. 
"di permulaan kesakitan itu di kurniakan satu nikmat yang tidak kita sedari" hanya yang melalui akan merasainya.. Percayalah kerana itu yang telah diri ini lalui... 
Melalui ujian itu, kita mula kenal erti Tawakal, kita mula kenal makna Khusyuk dalam ibadat, dan yang paling manis kita mula merasai betapa manisnya menangis di hadapan Allah swt di dalam setiap sujud.. 
itulah NIKMAT. 
Nikmat berhubung dengan Allah, Nikmat sujud, Nikmat doa kepada Allah,..
Ketika itu kita melalui satu keadaan yang tidak pernah …

INDAHNYA SABAR...

Alhamdulillah, Syukur dengan izinNya masih di beri kesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam usaha mendidik hati, mencari kekuatan dan meneruskan perjalanan. 
Kebiasaan di dalam kehidupan kita, bila kita di berikan ujian dari Allah, kita pasti akan di ingatkan dengan perkataan yang pertama iaitu 'SABAR'. 
SABAR yang perlu di letakkan sebagai perkara utama di dalam diri kita. (Hadis Rasulullah ' Sabar di waktu kamu mula-mula kena dan kamu boleh bertahan, bermakna itu sabar yang terbaik').

Ayat yang kita biasa dengar dalam kehidupan kita, 'sabar banyak-banyak, ada hikmah di sebaliknya'. Ya, semua orang mampu untuk menyebut perkataan sabar, Namun sabar itu tidak semudah kata. 
"Dan sabar itu tidak semudah yang kau sangka. Dan beruntunglah orang-orang yang sabar kerana mereka telah di janjikan Tuhan dengan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang sedikit pun tidak bersifat kekal" 
"Tidak ada balasan kecuali Syurga bagi hambaku yang beriman yang te…

LAGU ~ ISTIKHARAH CINTA ~

Lirik Lagu Istikharah Cinta – Sigma
Bersaksi cinta di atas cinta Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi

Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


Cukuplah aku menCintaimu di dalam hati menyampaikan Rindu ini melalui  Doa-doa di setiap Sujudku dan Menjagamu melaluiNya

Moga kita bersatu semula di SyurgaNya Al-Fatihah buat Abg 24.12.2014 Damailah Di Sana Aamiin 

SELAGI ADA CINTA..

Alhamdulillah, Syukur dengan izinNya masih di beri kesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam usaha mendidik hati, mencari kekuatan dan meneruskan perjalanan. 

Selagi ada cinta, selagi itu ada tangisan. Tergerak hati ini untuk berkongsi dengan kata-kata ini. Kata-kata yang boleh dijadikan pemujuk hati. Kata-kata ini sangat dekat dengan diri ini... 

Ya,, tangisan itu tidak pernah terhenti kerana Cinta itu tidak pernah terpadam. Alhamdulillah, Bersyukur dengan perasaan ini, perasaan yang di izinkan Allah untuk terus melekat dan tersimpan di satu sudut yang paling dalam bersama Cinta Nya. 


Di dalam satu tulisan oleh ustaz Pahrol dalam majalah solusi edisi 80 dengan tajuk 
Andai Dia Pergi Dulu
dengan Dialog:

Saya masih mengenangnya, 

Itu Fitrah, mengenang kebaikan ialah satu kebaikan. 

Saya masih menangisinya, 

Itu juga Fitrah, cuma jangan keterlaluan. Selagi ada cinta, selagi itu ada tangisan.

Seperti semuanya masih baru,

Kasih sayang tidak pernah tua,sentiasa muda dan basah dalam ingatan…

KENAPA LORI TU LANGGAR PAPA???

Ya Allah,, tak sangka dengan soalan yang keluar dari mulut si kecil mama ni. 
Mama,,kenapa lori tu langgar papa? Betul ke mama? Lori tu laju ye mama????
Berulang-ulang soalan nye.. Rasanya dah lama haqeem tidak bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan kemalangan papa nya..
Mungkin Terlalu Rindu..
Ya Allah,bantulah aku. Apa yang harus ku jawab untuk menjelaskan setiap pertanyaannya ini..
Adik,, lori tu tak langgar papa pun,, papa terjatuh je. Adik rindu papa ye? Papa kan dah kat Syurga,papa tengah rehat. 
Papa tunggu kita kan mama?? 
Aah,,papa tunggu kita kat Syurga. Adik kena selalu doakan papa ye.
Kalau rindu kena buat apa??
Baca quran.. Ok kita baca ye,,doakan papa lepas tu tido. Esok kita pegi kubur papa k.
Alhamdulillah, walaupun ape pun yang bermain di fikirannya,, biarlah suatu hari nanti haqeem lebih mudah menerima dan memahami kejadian itu hanya penyebab bagi kehilangan papanya..
Hakikat yang perlu di fahami nya bahawa semuanya adalah ketentuan dari Allah. Ajal dan maut yang telah tert…

KENANGAN TERINDAH..

Kenangan yang akan sentiasa dalam ingatan kita pastinya yang indah-indah..
 KINI
kenangan kami bersama itu paling indah namun ada kalanya menjadi sakit untuk di kenang,.. Sakit apabila segalanya tidak mungkin dapat di lalui bersama-sama lagi...
Biarlah kenangan itu menjadi memori terindah buat kami bertiga di atas dunia yg sementara ini agar 

kami dapat mencipta kehidupan yang lebih indah di Sana...
Kesakitan ini pasti akan di ganti dengan kemanisan di dunia yang kekal di SyurgaNya nanti,,.
Ada ketika diri ini tidak mampu memujuk hati di saat hadirnya rasa rindu yang amat dalam..
tidak mampu menahan air mata ini dari terus jatuh, 
tidak mampu dari menghalang bayangan kenangan-kenangan kami bersama terus bermain di 

ingatan...
Saya juga hambaNya yang lemah, tidak mampu untuk terus teguh dan kuat...
PERCAYA
Namun yakin dan percaya,, Dia yang mengizinkan segala perasaan ini hadir dalam diri ini
Untuk tetap bergantung hanya PadaNya..
Untuk terus belajar menerima qada' dan qadarNya
Untuk mendidik hati…